Pengenalan

Ilham Kayaman Sdn Bhd ditubuhkan pada 25 March 2016. Diterajui oleh En Azman Bin Ali dan Encik Muhammad Khairul  Bin Pin. Kewujudan IKSB adalah untuk menyediakan program-program latihan seperti seminar dan bengkel untuk  membantu usahawan belajar lebih mendalam dalam ilmu perniagaan. Seminar dan bengkel yang diberikan adalah  berkonsep “sharing knowledge” di mana segala pengalaman yang ada pada kami di IKSB akan kami kongsikan pada  semua usahawan di luar sana.

Visi dan misi IKSB untuk membantu usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan baru. Selain itu, untuk  membantu usahawan lama untuk memperbaiki dan menambah baik perniagaan dari segi pelbagai aspek. Ini adalah  untuk membantu usahawan maju kehadapan dan berjaya didalam perniagaan. Tujuan lain IKSB juga ingin memberi  kesedaran kepada usahawan di luar sana betapa pentingnya bagi seseorang usahawan supaya mempunyai asas  perniagaan yang betul.

IKSB juga berharap dengan perkhidmatan yang kami sediakan ini dapat membantu usahawan di luar sana untuk  merebut peluang menambah ilmu untuk memulakan perniagaan mereka dan dapat membantu usahawan untuk lebih maju kehadapan di dalam perniagaan.