DARI MEJA CEO

AZMAN BIN ALI                                                                          PENGURUS SYARIKAT

Assalamualaikum,

Salam Pengenalan,
Selamat datang ke laman Web Rasmi Ilham Kayaman Sdn Bhd

Nama saya Azman Ali. Saya adalah CEO kepada Ilham Kayaman Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, saya adalah seorang insan biasa yang dari awal ingin capai impian dan cita-cita dalam kehidupan dan kerjaya. Saya adalah seperi anda diluar sana yang dahulunya seorang pekerja bawahan memegang status seorang pekerja atau erti kata makan gaji.

Ilham Kayaman bermula dengan perkhidmatan jurufoto perkahwinan pada tahun 2008. Selepas itu pihak syarikat telah berkembang dengan membuka khidmat pakej wedding andaman dan disusuli dengan pakej katering perkahwinan serta cetakan kad kahwin dan akhir sekali di Ilham Kayaman telah menjadi ‘one stop centre’ untuk khidmat majlis perkahwinan.

Ilham Kayaman adalah syarikat yang telah saya bangunkan dengan kadar yang boleh katakan agak perlahan. Berdikit-dikit menggunakan segala sumber yang ada dan Ilham Kayaman dibantu oleh rakan sekeliling.

UNTUK BAKAL USAHAWAN

Selepas 8 tahun Ilham Kayaman ditubuhkan serta pelbagai rintangan saya lalui dan pelajari dalam dunia perniaagaan ini saya bercita-cita untuk jadikan ia platform khas kepada usahawan yang baru. Terutamanya kepada usahawan yang generasi baru ingin menjinakkan diri dalam dunia perniagaan.

Dengan ini saya tubuhkan Akademi Ilham Kayaman di bawah pengurusan Ilham Kayaman Sdn Bhd. Ia adalah bertujuan untuk saya berkongsi ilmu bersama.

Selain itu dalam masa terdekat Ilham Kayaman Sdn Bhd akan keluarkan beberapa produk perkhidmatan baru dan ia didalam perancangan peringkat awal.

Sebelum saya mengakhiri kata-kata pengenalan, saya ingin mengesyorkan anda yang masih baru dalam bidang perniagaan untuk

•DAFTAR: Daftar syarikat – Enterprise dan Sdn Bhd.

•AKAUN: Membuka akaun syarikat

•BRAND: Membina brand (jenama) dan positionkan diri anda sebelum Marketing & Sales!

•ILMU: Sentiasa mencari ilmu walaupun di mana tahap anda

•MENTOR: Memilih mentor yang besesuaian dengan bidang anda

Salam hormat dari saya dan saya doakan kejayaan anda pada masa hadapan kelak!

Azman Ali

CEO